Wednesday, March 2, 2016

Ubat Cebok selain mengunakan manjakani

Saya dapat banyak PM perihal Penggunaan manjakani yang dilarang sebagai ubat cebok ketika berpantang semalam.
Yang dilarang adalah ketika darah nifas masih banyak. Masih laju nak keluar. Dalam erti kat lain...tunggulah hari ke 31 dan seterusnya baru nak amalkan manjakani sebagai ubat cebok...malah sebagai ubat makan.
Untuk awal2 berpantang kita gantikan dengan air rebusan sireh dan inai. Atau kalau susah nak cari daun2 herba tersebut, boleh gantikan dengan air rebusan asam keping. Kalau asam keping pun tak sempat nak beli...pakai je lah rebusan air garam kasar.
Penggunaan herba ketika tempoh awal berpantang sepatutnya lebih kepada konsep antiseptik, bukan merapat. Memang benar manjakani juga merupakan salah satu ajen antiseptik, akan tetapi ia turut mempunyai kesan sampingan pada badan sang ibu.
Seperti kupasan saya perihal soya. Benar soya mampu tambahkan susu badan. Tetapi keburukkannya lebih banyak dari kebaikan. Lalu lebih baik kita amalkan resepi susu berbadam, atau kurma merah dan juga halba.
Berbalik kepada perihal antiseptik, sireh, inai, asam keping mahupun garam kasar terbukti mempunyai antiseptik yang baik utk luka pada bahagian faraj dan juga luka pembedahan.
Terdapat beberapa aturan berpantang lama yang telah diperbaharui demi mengelakkan keburukan kekal kepada si ibu antaranya:
1. Amalan berubat barut menggunakan kapur digantikan dengan asam jawa. Kerana kapur membuatkan perut ibu hitam dan terbakar manakala asam jawa mencantikkan perut si ibu.
2. Amalan pemakanan ikan kering digantikan dengan ikan2 segar yang berisi putih dan dari laut dalam (bukan sungai atau kolam). Ini kerana amalan ikan kering ketika berpantang mengakibatkan ibu kurang zat dan nifas berbau hanyir.
3. Amalan berdiang/bersalai digantikan dengan mandian wap herba. Ini kerana rawatan berdiang/bersalai bagi sesetengah ibu mampu mengeringkan susu. Atau jika ibu masih mahu berdiang, mereka kena amalkan ubat ramuan yang menambah susu.
Aturan berpantang turut melalui proses evolusi sejajar dengan kehendak semasa. Ibu moden yang berpantang tradisional perlu peka dan tahu keperluan tubuh badan dari segi nutrisi dan kesihatan yang optimum. Aturan berpantang turut berubah dengan keperluan ibu yang berpantang di luar negara.
Asalkan mahu berpantang dan faham konsep mengapa setiap aturan berpantang diperkenalkan, maka proses berpantang bukanlah sesuatu yang renyah dan menyusahkan.
Malah sudah terbukti, wanita yang berpantang sentiasa kelihatan awet muda dan yang penting, masih utuh beribadah kepada Allah di ambang usia yang senja.
Biar tua pada angka sahaja. Bukan pada rupa.


No comments:

Post a Comment