Wednesday, March 2, 2016

Kenapa Penting Ikatan Rambut Bagi Ibu Berpantang?

Antara amalan berterusan selama 44 hari berpantang yang akan memberi impak yang besar pada ibu yang berpantang ialah sentiasa memastikan RAMBUT diikat TINGGI dan KETAT. Tubuh ibu yang baru melahirkan seperti kosong (reset) semula dan berpantanglah masa untuk membentuk semula tubuh ibu yang telah 9 bulan berubah.

Ikatan rambut yang baik ialah apabila ibu merasa kulit kepala tegang dan cekang dari ikatan rambut ibu. Ini adalah salah satu cara orang terdahulu mengekalkan wajah AWET MUDA melalui cara ‘FACE LIFTING’. Orang zaman dahulu, walau telah berusia tidak memerlukan rawatan benang, menyucuk vitamin C atau botoks pada wajah kerana wajahnya kekal tegang tanpa bantuan alat lain.

Ikatan rambut yang tinggi memberikan ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan masa dengan berbaring. Posisi atau keadaan rambut yang diikat tinggi tidak mengganggu ibu sepanjang hari.

Ikatan rambut yang kuat ini juga mampu MENGHALANG ANGIN memasuki tubuh melalui ubun-ubun, MENGELAKKAN SAKIT KEPALA (MIGRAIN) dan RABUN selepas tempoh berpantang. Ini kerana ketika proses bersalin secara normal, ketika meneran bayi keluar ibu menggunakan keseluruhan urat mata, dahi dan kepala. Oleh itu urat-urat ibu ini sangat lemah.

Meskipun ada segelintir ibu bersalin secara pembedahan adakalanya telah menempah rawatan awal dan tidak terganggu urat kepalanya, tetapi ibu ini juga MUDAH TERDEDAH dengan KETEGUR ANGIN atau lebih mudah difahami dimasuki angin dari tapak kaki, luka pembedahan dan ubun-ubun kepala dari fahaman perbidanan.

Walaupun ada ibu berpantang berambut pendek, perlu juga diikat tinggi dengan kuat dan tegang di bahagian atas kepala (terutama di ubun-ubun). Ini juga BERAMBUT PANJANG sepanjang mengandung dan tidak dipotong sehingga selesai berpantang nanti.

Urutan di ubun-ubun dan keseluruhan kepala dengan MINYAK BERUBAT HERBA yang dijadikan pilis di kepala sepanjang hari terutama setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur dapat membantu ibu sentiasa berasa segar. 


kredit sepenuhnya : FB Page : Kami Ibu Berpantang


No comments:

Post a Comment