Salah satu punca Meroyan ialah amalan UBAT KETAT.
Ubat Rapat atau Ubat Ketat sangat2 popular dikalangan ibu2 muda kita. Seawal hari ke 3, ibu berpantang disuruh mengamalkan air rebusan rapat; samada dalam bentuk minuman atau cebokan.
1. Manjakani
2. Kacip Fatimah
3. Akar Serapat
DLL
Penggunaan herba2 di atas bukan membantu mempercepatkan pengeluaran darah nifas, tetapi ia mengakibatkan darah nifas MENGERING di dalam rahim.
Darah nifas PERLU DIKELUARKAN sepanjang tempoh 60 hari berhadas nifas. Ada yang bangga mampu bersolat dan berpuasa seawal 2 minggu selepas bersalin dengan amalan ubat2 ketat, sedangkan ia sangat2 membahayakan keadaan rahim.
9bulan 10 hari tidak dikunjungi haid. Berkumpul darah tersebut menjadi darah bantal dan darah nifas. Ikut hukum akal, takkanlah 2 minggu sudah habis "dicuci" dari rahim.
Jika darah nifas mengering dalam rahim, maka rahim akan mengalami keracunan darah nifas. Maka rahim terdedah dengan 1001 sakit puan terutamanya Endometriosis.
Dan darah kotor yang terkumpul itulah yang akan meracun keseluruh sistem badan ibu dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon yang menular menjadi penyakit MEROYAN.
Disebabkan itulah di dalam pantang, perlu kita amalkan herba yang MEMBANTU MELAWASKAN PENGELUARAN DARAH NIFAS SEHABIS2NYA.
Cebokan air manjakani.
Air manjakani jika diikutkan elok digunakan dalam tempoh 30 hari selepas bersalin sebagai air cebok dan rendaman faraj.
Ini kerana konsep "pengeringan" pada faraj itulah yang diwar2kan sebagai "pengetat". Kelazatan hubungan suami isteri bukan terletak kepada ketat dan rapat semata2, tetapi lebih kepada "kejap, bersih dan mudah mencengkam (kemutan)"
Kekeringan di bahagian faraj lama kelamaan menjadikan saluran faraj mudah melecet dan luka. Dan lama kelamaan, apabila luka dikawasan tertutup ini tidak terjaga dan dirawat dengan elok, maka mulalah berlakunya nanah dan luka dan dikhuatiri melarat kepada hakisan mulut rahim (cervical erosion) .
Dan apabila keadaan ini berlaku maka akan terjadilah masalah2 seperti berikut:
1. Pendarahan faraj yg bukan haid
2. Pendarahan selepas aktiviti suami isteri
3. Pendarah antara waktu haid
1. Pendarahan faraj yg bukan haid
2. Pendarahan selepas aktiviti suami isteri
3. Pendarah antara waktu haid
Oleh sebab itu, sangat2 penting bagi ibu dalam pantang MENGENALI dan MENGETAHUI jenis2 ubatan yang diamalkan ketika tempoh berpantang.
Ambil tahu. Kerana kesannya sangat2 menyakitkan.
kredit sepenuhnya : Puan Aishah - Pusat Rawatan Blessed Beauty Confinement
kredit sepenuhnya : Puan Aishah - Pusat Rawatan Blessed Beauty Confinement
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
krekre
No comments:
Post a Comment