Thursday, March 3, 2016

Cara Memakan herba orang lama

Nak share cara makan maajun/jamu/herba cara org lama2.
Berdiri hadap kiblat.
Ibu jari kaki kanan pijak ibu jari kaki kiri.
Ampu buah dada tinggi2.
Tarik nafas. Kempiskan perut.
Dengan lafaz bismillah. Senafas. Telan maajun/jamu/tablet.
Ulang masa nak sulam air


Kredit sepenuhnya : FB Siti Aishah

Perkara Utama Perlu Dilakukan Semasa Sedang Berpantang

1. Urut

- Hari: normal blh start hari ke 4. Kalau czer hari ke 7. 3 hari berturut. Lepas tu buat seminggu sekali.
- Waktu: kecuali tgh hari dan maghrib. Dulu sy pernah diurut waktu malam. Lagi best. Terus tertidur meskipun masa itu ibu sy urut mmg sakit (ibu sy mana pernah urut orh xsakit. Hehhee)

2. Tuam
- Hari: Pertama sampai 44 hari
- Waktu: Pagi lepas mandi. Sbb lepas mandi badan kita sejuk. Kena tuam utk panaskan. Ptg and malam. Dulu, kalau hujan je....sy dh start panaskan tuam. Maksudnya...selagi sejuk...selagi tu bertuam.

3. Mandi Serum
- Hari: Ketiga sampai ke hari 44. (Amalan sy pula....seminggu awl mmg jenis lap aje badannya.)
- Waktu: Waktu dhuha. Selepas bersalai/berdiang. Sebelum bertuam. Time matahari dh tegak. Kalau takde matahari (hujan), sy mmg tak akan mandi.

4. Bengkung
- Hari: Pertama sampai kempis perut.
- Waktu: 24 jam. Pagi bawak ke malam. Malam. Bawak ke pagi.



kredit sepenuhnya : FB Siti Aishah



Bagaimana mengetahui punca nifas berpanjangan melebihi 60hari..

Mengikut mazhab Shafie, darah nifas wanita yg bersalin adalah selama 60 hari. Selepas itu ia dikira darah istihadah.

Ada beberapa faktor yg menyebabkan nifas yg berpanjangan, iaitu:

1. Rahim masih kembang dan bengkak. Di sini pentingnya amalan herba dan jamu ketika tempoh berpantang.

2. Terlalu aktif bergerak. Jenis yg rasa kuat hakikatnya tidak. Jenis yg tak reti duduk senyap dalam pantang. Naik turun tangga. Banyak berjalan dan berdiri dari berehat.

3. Tidak melakukan rawatan tuaman pada bahagian rahim. Bg yg bersalin czer, kena tuam bahagian perut, tundun, pangkal peha dan celah peha. Kemudian tenggek duduk atas batu tuam sehingga batu sejuk.

4. Suka suku je campur carca merba pemakanan herba dan jamu dalam pantang. Kena ingat ya. Meskipun herba ni selamat, penggunaan berlebihan tetap boleh memudaratkan. Jgn bantai minum je air kunyit air halia ikut orang lain. Lain perut, lain saiznya, lain sukatannya.

5. Bg pengamal Nona Roguy ada yg jenis makan natal sebiji sehari. Yg ni sy mmg marah sungguh. Dh tulis dkt botol dos dia 2-4 biji. Alasan takut. Yg amalkan makan sebiji sehari tu banyak kes ibu dan bayi kembung senak angin tak boleh membuang sbb dos sebiji tu xcukup nk lancarkan pengeluaran angin pd ibu dan bayi. Ada jenis makan natal je tak amalkan akar. Sedangkan akar itulah ibu segala ubat dalam perubatan Nona Roguy. Ada yg amalkan akar without natal. Then....mcm mana rahim nak kecut rapi?

6. Jenis yg ada masalah hormon tak seimbang sebelum hamil. Mungkin penghidap cyst sebelum hamil. Ini memerlukan masa utk stabilkan hormon.

7. Luka di pintu rahim tidak sembuh sepenuhnya. Mungkin terjadi akibat bersalin atau jahitan tak rapi. Utk masalah ni, adalah penting ibu2 jgn banyak sangat bergerak dan rajin2 makan vitamin c dan herba utk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

8. Mengabaikan rawatan tangas kering pada hari ke 30 berpantang. Rawatan tangas ni ramai yg confuse dengan bersauna. Kalau awak wap 1 badan dinamakan sauna. Kalau awak wap bahagian faraj shj baru dinamakan tangas. Tangas kena dilakukan pada hari ke 30 bilamana darah nifas dah tinggal sedikit (staining) sbb kalau buat awal2 pantang, dikhuatiri darah nifas menitik dalam tempat tangas. Lagipun tangas ni perlu dilakukan pada hari terakhir berpantang sebagai rawatan mengecutkan rahim. So kalau tgh heavy bleeding dh buat tangas, macam mana rahim nak sihat bila darah tidak habis keluar dr rahim dipaksa kecut? Rawatan tangas kering perlu dilakukan 14 hari berturut2 (30 - 14 hari) dengan bahan yg akan sy kongsikan dalam ruangan komen.

Ikhsan;
Pn Sh. Nadiah Barakbah, konsultan Nona Roguy
Ensiklopedia perbidanan melayu.
Pengalaman sendiri


kredit sepenuhnya : FB Siti Aishah


Pengenalan Darah Nifas

penerangan yang jelas dari kak Siti Aishah tentang darah nifas dan hari nya..(ikut mazhab imam shafie)
nifas nya ada 60hari
2-3hari (ketul hitam merah yang datang dengan rengat-sakit menyucuk macam nak bersalin)
2minggu pertama (berwarna merah fresh)
2minggu kemudian (dlm tempoh 30hari merah on-off)
30-45hari coklat on-off yang penghujung nya akan ada lendir warna kuning hijau.
darah selepas bersalin terbahagi pada 3 jenis
1.darah bantal
2.darah nifas
3.darah bayam (paling penting skali utk pastikan ianya keluar sebab nie lah punca wanita akan ada penyakit lain lepas bersalin)
-nak tahu nifas dah abes belum,pastikan darah bayam tue keluar.selepas 15hari darah bayam tue keluar dikira darah haid/period.semoga ilmu disampaikan dan disimpan utk mudah jadi rujukan akan datang.

Wednesday, March 2, 2016

Kenapa Penting Ikatan Rambut Bagi Ibu Berpantang?

Antara amalan berterusan selama 44 hari berpantang yang akan memberi impak yang besar pada ibu yang berpantang ialah sentiasa memastikan RAMBUT diikat TINGGI dan KETAT. Tubuh ibu yang baru melahirkan seperti kosong (reset) semula dan berpantanglah masa untuk membentuk semula tubuh ibu yang telah 9 bulan berubah.

Ikatan rambut yang baik ialah apabila ibu merasa kulit kepala tegang dan cekang dari ikatan rambut ibu. Ini adalah salah satu cara orang terdahulu mengekalkan wajah AWET MUDA melalui cara ‘FACE LIFTING’. Orang zaman dahulu, walau telah berusia tidak memerlukan rawatan benang, menyucuk vitamin C atau botoks pada wajah kerana wajahnya kekal tegang tanpa bantuan alat lain.

Ikatan rambut yang tinggi memberikan ibu keselesaan kerana ibu berpantang banyak menghabiskan masa dengan berbaring. Posisi atau keadaan rambut yang diikat tinggi tidak mengganggu ibu sepanjang hari.

Ikatan rambut yang kuat ini juga mampu MENGHALANG ANGIN memasuki tubuh melalui ubun-ubun, MENGELAKKAN SAKIT KEPALA (MIGRAIN) dan RABUN selepas tempoh berpantang. Ini kerana ketika proses bersalin secara normal, ketika meneran bayi keluar ibu menggunakan keseluruhan urat mata, dahi dan kepala. Oleh itu urat-urat ibu ini sangat lemah.

Meskipun ada segelintir ibu bersalin secara pembedahan adakalanya telah menempah rawatan awal dan tidak terganggu urat kepalanya, tetapi ibu ini juga MUDAH TERDEDAH dengan KETEGUR ANGIN atau lebih mudah difahami dimasuki angin dari tapak kaki, luka pembedahan dan ubun-ubun kepala dari fahaman perbidanan.

Walaupun ada ibu berpantang berambut pendek, perlu juga diikat tinggi dengan kuat dan tegang di bahagian atas kepala (terutama di ubun-ubun). Ini juga BERAMBUT PANJANG sepanjang mengandung dan tidak dipotong sehingga selesai berpantang nanti.

Urutan di ubun-ubun dan keseluruhan kepala dengan MINYAK BERUBAT HERBA yang dijadikan pilis di kepala sepanjang hari terutama setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur dapat membantu ibu sentiasa berasa segar. 


kredit sepenuhnya : FB Page : Kami Ibu Berpantang


Darah Bayam Semasa Berpantang

☘darah bayam🍀

💉darah yang keluar di akhir2 nifas dan ianya juga dipanggil darah beracun.ciri2 darah bayam nie berbau busuk seperti bangkai ikan,berwarna kekuningan atau kuning cair seperti buah kuah sayur bayam.biasa nya hari ke30 ke atas sekiranya ibu mengamalkan herba dalaman yang konsisten dan displin tanpa curlas,bertungku dan berbekung.

💉penting nya pengeluaran darah nifas nie kerana ianya akan menganggu aktiviti harian sebagai ibu dan isteri kerana ia ada lah punca ibu yang sudah habis pantang mengalami rahim yang tidak kecut dengan sempurna,kerap migrain,mudah rasa seram sejuk dan cepat mengalah bila melalukan kerja berat.

💉kebanyakkan penghidap masalah ini mengalami lelehan farah yang berbau dan menganggu semasa hubungan suami isteri,menyebabkan kegatalan dan menjadi infeksi.Jika dibiarkan akan menjadi hakisan mulut rahim (berlaku apabila leher dan mulut rahim luka dan berkudis akibat kegatalan penyakit keputihan yang berpanjangan.Keadaan nya ibaratkan seperti celahan jari yang dimakan ulat air)lebih serius menyumbang penyakit kanser pintu rahim atau pangkal rahim.

💉tanda-tanda darah bayam tidak habis keluar ialah mata ibu mudah kabur,sering pening atau sakit kepala terutama bila kedatangan haid,rambut mudah gugur dan gatal-gatal kulit kepapla yang tiada masalah kelemumur.Ibu juga mudah diserang penyakit kulit iaitu gatal-gatal yang dikenali sebagai alahan atau alergi yang ketara dikesan pada kulit wajah yang mula timbul bintilan hitam,tompok kehitaman atau berkepingan.

🌹Bidan melayu sangatlah prihatin tentang pengeluaran darah selepas bersalin kerana lancar nya darah bantal,nifas dan bayam dikeluarkan akan menentukan kembalinya kejelitaan serta kesihatan seseorg ibu🌹

✅bagi produk Nona Roguy pengambilan phytonatal bersama akar herbanika sangat diutamakan berserta pengambilan madu tenaga segar (pada hari ke14 bagi ibu yang bebas dari cyst,endo,fibroid boleh amalkan).Juga tiada masalah sekiranya diamalkan bagi ibu bersalin normal,czer dan yang datang bulan.


kredit sepenuhnya : OPC Suzie - Jelita Bersama Nona Roguy


Tombong.. bahana tidak berpantang dengan betul

Tombong @ Uterine Prolapse
♤ Definasi
Rahim (uterus) yang jatuh menggelongsor ke dalam laluan faraj (vaginal canal) dan turut menarik kulit faraj kebawah.
♤ Tombong ada 3 peringkat.
• 1st Degree Prolapse
- Pangkal rahim (servik) berada di bahagian bawah saluran faraj. Belum rapat kepintu. Yang tahap ini masih boleh disengkak naikkan peranakan.
- Akan rasa tak selesa bila bersama suami. Rasa senak.
- Sakit pinggang dan rasa seperti berat dibahagian ari2.
- Mudah terkencing ketika batuk atau bersin
- Mudah terkena jangkitan pundi kencing
• 2nd Degree Prolapse
- Pangkal Rahim dah duduk betul2 dekat pintu faraj. Bila diselak pintu farajnya, maka ternampaklah isi pangkal rahim.
- Masa ni bukan shj zakar suami je dah tak boleh masuk, nak masuk jari buat meruang pun dah sakit.
- Ketidakselesaan yang benar2 terasa.
• 3rd Degree Prolapse
- Keseluruhan rahim sudah berada di luar badan. Inilah yang orang tua2 gelar TOMBONG.
Jika dari sudut perubatan moden, punca TOMBONG ini hanyalah disebabkan oleh faktor usia (dah tua kurang estrogen yang mampu menganjalkan otot rahim), kekerapan bersalin, angkat benda berat2 (zaman orang pompuan suka buat aktiviti weightlifting)....
Tetapi....
Dari sudut perbidanan, telah diteliti puncanya disebabkan oleh penjagaan aturan berpantang dan amalan herba yang tidak dititikberatkan ketika berpantang. (Selain dari sebab2 yang dinyatakan di atas)
Ini kerana, sudah terbukti, ramai wanita beranak pinak seramai 10 orang, meninggal di waktu tua, masih intact farajnya.
Dan sudah banyak kes, seawal usia 30an, ada yang sudah terzahir tombongnya dizaman sekarang.
TOMBONG ini terjadi disebabkan otot2 pelvik wanita yang memegang rahim sudah rebeh/roboh/tidak anjal lalu menyebabkan rahim menggelongsor turun. (Rahim dipegang oleh otot2 pelvik)
- Otot2 ini memerlukam senaman (kegel) : sebab itu penting senaman kemutan ketika dalam rawatan bertangas selepas bersalin
- Otot2 ini memerlukan sokongan selepas bersalin : inilah kepentingan berbengkung sepanjang tempoh berpantang.
- Otot2 ini memerlukan hormon estrogen utk sentiasa cekang : pentingnya keseimbangan hormon selepas bersalin. Dan juga hormon ketika sudah monapaus. Dari sudut perbidanan, hormon2 ini boleh di dapati dari herba2 seperti cekur. Sebab itu sebelum nak cari ubat utk slimming, putih ketiak dan banyak susu, cari juga herba yang membantu imbangi hormon.
- Otot2 ini memerlukn tempoh berehat selepas bersalin: bayi2 zaman sekarang ada yang hampir mencecah 5kg bila dilahirkan. Budak sebesar dan seberat itu yang ditampung rahim dan diteran/ditoreh keluar sedikit sebanyak menazakkan sistem urat dan otot wanita. Di sinilah pentingnya tempoh BERPANTANG buat wanita utk merehat dan merawat urat dan otot.
♤Cara rawatan
Setiap tahap prolapse rawatannya berbeza2. Ada yg mampu dirawat denga rawatan sengkak. Sampailah ketahap memakai cincin (vaginal pessary) dan pembedahan. Dan jika keadaannya terlalu kronik, jalan terakhir ialah membuang rahim (hysterectomy)
♤Cara Mencegah.
- Berpantang dengan tertib. Elakkan kerap jatuh terduduk. Elakkan kerap angkat benda berat menggunakan otot bahagian perut dan pinggang.
Better berpantang dari berubat.




Apa itu Kentut Faraj .. kenapa perlu berpantang untuk mengelakkan nya

Kentut Faraj?
Dh nama kentut...mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur?
Kerana....
Angin ini datangnya dari rahim.
Sy pilih aturcara LANGGAR PANTANG yg paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang.
1. Minum banyak air kosong utk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin; contohnya air Akar Herbanika NR. Paling tidak air rebusan kurma merah atau halba. Yg lain2 sy tak tahu.
2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas?
3. Langgar pantang makan benda berangin...pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dsb dn sy banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu.
4. Tidak amalkan pemakanan herba yg membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bg sy baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk "bernafas". Sayangnya...pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini.
5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yg sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat henda berat dan membuat kerja2 rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri.
Ok....sy dh susunkn perkara2 yg menyebabkan berlakunya kentut faraj. Ttp sy belum menerangkan apa yg berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.
Urat2 rahim yg sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat.
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound "cepat2lah sikit habisnya bang. Sy dh x larat dh ni"
Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.
Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj.
Sy tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya....yg keluar dari faraj kalian adalah bayi ye...bukan guli....
Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.
Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Ttp masalahnya...kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye.
Jgn ambil mudah.
Ini maruah kita.

kredit sepenuhnya : Puan Aishah - Pusat Rawatan Blessed Beauty Confinement



Demam Semasa Berpantang..

Its a big concern bila terlalu ramai ibu2 berpantang kena demam sekarang ni. Dengan musim dan cuaca yang sentiasa berubah....sy tidak nafikan kita mudah diserang penyakit berjangkit lebih2 lagi antibodi ibu2 berpantang masih lemah.
Oleh itu sy sarankan ibu2 berpantang yang menggunakan Set Bersalin NR agar rajin2 minum rebusan Air Akar Herbanika kerana air akar ini mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dimana ia mampu membantu mencegah jangkitan demam virus dan mempercepatkan penyembuhan demam.
Akan tetapi ibu2 berpantang perlu tahu jenis2 demam yang boleh mereka hadapi ketika tempoh berpantang.
1. Demam virus atau demam jangkitan.
- Ibu2 akan turut terkena selseama dan batuk. Demam ini kebiasaannya kebah apabila dirawatan dengan ubatan doktor atau ubatan herba terpilih.
2. Demam bengkak susu.
-Terjadi apabila payu dara membengkak dengan susu dan tak mampu dikeluarkan secara manual. Ibu2 disarankan menuam dan pam susu yang bengkak sehingga surut. Urutan adalah tidak sesuai kerana ini akn menyebabkan ibu lebih sakit. Jika tidak mampu menahan kesakitan yg keterlaluan...digalakkan ibu menempekkan kubis sehingga kubis layur. Akan tetapi jangan terlalu kerap...dikhuatiri susu akn kering.
3. Demam bentan peranakan.
-Diiringi dengan seram sejuk, sakit sendi, lemah anggota, menggigil yang tidak terkawal, suhu badan yang melangkaui 40°c, sakit dibahagian peranakan atau pinggul. Demam ini biasanya berlaku akibat "langgar pantang" dan hanya boleh diubati dengan mengamalkan herba2 terpilih dan rawatan bersalai dan bertuam. Paling tidak ibu perlulah membuat diri mereka berpeluh.
4. Demam jangkitan.
-Kemungkinan dari luka episiotomi atau luka pembedahan mahupun dari saluran air kencing. Demam ini membuatkan suhu badan naik mendadak dan ibu merasa kesakitan pada kawasan tertentu dan biarpun dilakukan rawatan bentan, demam berlanjutan dan tidak kebah.
Diharapkan ibu2 sentiasa menjaga kesihatan diri ketika berpantang.


Rawatan Moden atau Berpantang Tradisional?

Senaman, Pembedahan Saluran Faraj fan Pembedahan Plastik.
Rawatan Moden atau Berpantang Tradisional?
Dizaman moden kini, ramai mempertikaikan amalan berpantang kerana ia dianggap kuno dan melecehkan.
Amalan berbengkung dan pemakaian ubat barut sebagai ubat kempis perut telah digantikan dengan senaman extreme selepas berpantang.
Amalan pemakanan herba di dalam pantang untuk merapikan bahagian sulit wanita digantikan dengam pembedahan bahagian sulit untuk merapatkan kembali saluran faraj.
Dari sudut perbidanan, wajah kendur seorang wanita adalah refleksi dari kesihatan rahim. Tetapi ia mampu dilindungi dengan rawatan botoks dan pembedahan plastik.
Tetapi...
Selangsing manapun seorang wanita, sekurus manapun seorang ibu, sekempis manapun seorang isteri , masih tidak mampu melindungi kulit perut yang menggeleber kendur dan berjalur. Mahupun payudara yang kecut dan lembik.
Seketat manapun saluran faraj, tidak mampu mendatangkan kelazatan kepada perhubungan jika tiadanya kemutan yang telah rosak urat kemutnya ketika pembedahan.
Lagi sedih bila luaran sahaja yang nampak mampat dan ketat, tetapi dicemari dengan lelehan sulit, keputihan, kentut faraj yang mengganggu aktiviti beribadah seorang muslimah.
Sejauh mana teknologi mampu memudakan wajah dan tubuh, ia masih tidak mampu merawat ketidakseimbangan hormon wanita.
Wanita yang cantik ialah wanita yang hormonnya seimbang. Cantiknya kerana siuman. Tiada kepala angin dan perangai pelik2. Apa gunanya wajah cantik, tubuh mengiurkan jika selalu moody.
Dan kebanyakkan wanita yang melalui proses rawatan hormon menggunakn hormon sintetik akan diakhiri dengan masalah2 sampingan yang lain seperti alahan dan kegemukan.
Oleh itu, setiap amalan berpantang, baik dari seremeh2 berbengkung dan sepenting2 amalan herba; semuanya adalah amalan MENCEGAH penyakit puan.
Dan kaedah mencegah lebih murah dan berkesan; berbanding berubat penyakit yang sudah hinggap ke badan kita.
Meskipun remeh.
Meskipun kolot.
Mencegah tetap ubat yang terbaik untuk kesihatan.
Berpantang adalah hak wanita yang yakin akan kaedah mencegah dari mengubati.



Cara Mandi Baby Mengikut Cara Bidan Lama

Cara mandi bayi ikut cara bidan lama.....
- waktu dhuha.
- rambut dan kepala air paip biasa
- badan air suam
- pakai pati sireh sbg shampoo dan sabun. Sy tukar pakai barra gel. smile emoticon
- last sekali, jirus dan bilas air paip biasa (3 saat) dari kaki naik kepala dlm keadaan bayi menelangkup. Utk kuatkan otot bayi. Supaya leher cepat keras.
- dh habis mandi org dulu2 timang...tp dr kajian timang/lambung bayi x elok utk otak bayi. So kita jatuhkan (ala2 solero dkt genting highland tu) pelan2 sebanyak 7 kali utk hilangkn gayat budak. Budak yg gayat ni...dia selalu terkejut masa tidur. Tiba2 je tangan dia naik....itu gayat.
- lepas tu selawat telinga kanan bayi...hembus kuat2. Selawat telinga kiri bayi...hembus kuat2. Selawat di ari2 bayi...hembus kuat2. Bidan dulu baca jampi serampah bila tang ari2...utk elak angin pasang dan burut pada bayi.
Org sekarang.....ada yang taknak mandikan bayi dengan air paip biasa langsung.... sudahnya...bayi dh 6 bulan pun kena tampung leher. Lepas tu bila bayi dah besar.... longlai je badan.
Berbeza dengan orang2 lama...diorang tegap2...gantang2 masa berjalan. Berdada lagi. Org sekarang ramai yang membongkok. Sebab smpai sekolah rendah dok mandi air panas.

MEROYAN jangan ambil ringan!

Kepada wanita yang ada simptom meroyan, sy mohon jangan ambil enteng perihal diri anda.
Jangan takut ataupun malu meminta bantuan. Tolong beritahu kepada suami anda ataupun orang yg terdekat dengan anda apa yg anda rasai dan lalui sekarang.
Memendam perasaan tidak akan membantu. Malah akan mengundang bencana kepada anak2 jika tiba2 anda hilang kewarasan.
Bagi kaum suami, sila pantau kesihatan isteri kalian. Jangan anggap sang isteri sebagai meminta perhatian atau mengada2 bila mereka berkelakuan aneh.
Perubahan mendadak seorang wanita selepas bersalin perlu di teliti dan dipantau. Jangan ambil ringan.
Kerana bila ibu2 ini hilang pertimbangan, anak2 kecil mereka akan menjadi mangsa sehingga ada yg dibanting, dibaling dan disakiti dengan pelbagai cara fizikal tanpa si ibu sedari.
Ingat ya. Meroyan bukanlah isu kepenatan atau stress. Ia melibatkan isu ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kewarasan seorang wanita.
Dan ramai wanita meroyan yang berjumpa sy sudahpun berada di bawah perubatan moden dimana mereka terpaksa bergantungb kepada ubat penenang. Dan ubat2an ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada urat saraf kita bila kita sudah tua kelak.
Berubat sebelum parah.
Mengelak sebelum disergah.
Meroyan.
Bukan mitos atau auta.
Ia wujud dan sedang bermaharajalela dikalangan wanita moden kita.



Rendaman Faraj @ Sitz Bath

RENDAMAN FARAJ
Faraj direndam di dalam air rebusan sireh , inai , garam bukit dan manjakani untuk kebersihan faraj.
Hari: Bila darah nifas semakin kering sehingga habis darah. Selalunya hari ke 30 berpantang.
Waktu: Anytime. Rawatan ni boleh dibuat sebelum atau selepas mandi serum dilakukan. Rawatan rendaman faraj ini perlu dilakukan sambil meruang faraj. Ibu ice ajar pakai cotton facial. So di situ boleh pantau keluaran darah. Kalau dh takde darah, so bolehlah start solat dan berpuasa.
Khasiat lain:
1. Bagus sangat utk luka episiotomi. Kalau masa darah tengah banyak tu, cukuplah sekadar cebok shj dengan air rebusan tu.
2. Membantu mengecutkan buasir. Ketika rendam bahagian dubur, perlahan2 tolak masukkan buasir. Ttp hanya valid utk masalah buasir yg mild.
3. Mengelakkan jangkitan kuman pada faraj. Selain itu, kena pastikan seluar dalam dari kain kapas 100% dan elakkan penggunaan pad lebih dari 3 jam.
4. Mengatasi masalah darah nifas yg berbau dan gatal. Selain berendam faraj, elakkan makan ikan kering/masin ketika dalam pantang utk masalah ni
5. Meringankan masalah keputihan. Dan ibu2 perlu makan ubat herba yg membantu imbangkan hormon kerana imbalance hormon juga asbab keputihan.
6. Membantu mengatasi masalah faraj berbau dan gatal. Faraj yg berbau disebabkan jarang buang air besar atau tak lawas buang air besar.
7. "Mengencangkan" dan memantapkan keintiman faraj. Nak jadi lebih dara dari anak dara? Cuba2lah amalkan.....
8. Salah satu amalan rawatan utk masalah kentut berterabur. Hehehhe. Kentut faraj maksud saya.
9. Sebagai amalan kesihatan faraj. Buat seminggu 2 kali atau setiap kali lepas haid.

MATI PUTIK kesannya kepada seorang wanita

Mati Putik selepas bersalin.
Untuk para suami, kita memanggilnya mati pucuk. Dan buat para isteri, ia digelar mati putik.
Mati putik ialah istilah ketiadaan keinginan untuk bersama suami. Dan mati putik ini selalunya berlaku terhadap wanita selepas bersalin.
Penyakit ini menjadi taboo dalam masyarakat. Perlahan2 menjadi barah yang meregut kebahagiaan rumahtangga.
Ada pasangan yang mendiamkan diri. Bukan kerana tidak peduli, tetapi mereka sendiri keliru dengan permasaalahan yang dihadapi.
Saban hari saya menerima banyak kes mati putik dari golongan ibu2 muda ini. Dan rawatan saya lebih kepada mengimbangi kembali hormon dalaman yang bercelaru tidak diperbetulkan selepas bersalin.
Kebanyakkan para isteri tidak teruja dalam menjalinkan hubungan bersama suami selepas bersalin atas faktor berikut:
- trauma dengan proses bersalin
- sibuk dan kepenatan dengan tugas menjadi ibu
- rendah diri atas faktor tubuh yang berubah
Akan tetapi bila anak sudah menginjak besar dan tidak memerlukan perhatian sang ibu secara 100%, dan tubuh badan sudah sembuh secara total, keinginan untuk bersama masih tidak kunjung tiba.
Dan rata2 ibu yang alami masalah mati putik ini merasakan perhubungan bersama suami adalah satu tanggungjawab semata2, bukan suatu aktiviti atau acara yang istimewa seperti ketika baru berkahwin dahulu.
Hormon memainkan peranan penting dalam perhubungan intim. Hormon ini mempengaruhi mood seorang isteri dalam perhububgan.
Sang ibu mengalami ketidakseimbangan hormon sepanjang 9bulan 10 hari ketika hamil, dan apabila bersalin mereka tidak mencari ubat2an yang mampu membantu mengimbangi kembali hormon kewanitaan mereka.
Disinilah pentingnya amalan pemakanan herba yang boleh membantu mengimbangi hormon wanita. Disebabkan itulah, rata2 yang mengalami masalah mati putik ini, terdiri dari wanita yang tidak berjamu/berherba ketika dalam pantang.
Dan ibu2 juga perlu mengelakkan pemakanan yang berhormon tinggi seperti soya, ayam yang dicucuk, ikan2 belaan, dll ketika dalam pantang.
Tiada gunanya jika mampu kembali langsing, tetapi dingin luar dan dalam.
Dan bagi ibu2 yang sudah mula merasa hambar, carilah penawar. Masih belum terlambat.



🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Ubat Cebok selain mengunakan manjakani

Saya dapat banyak PM perihal Penggunaan manjakani yang dilarang sebagai ubat cebok ketika berpantang semalam.
Yang dilarang adalah ketika darah nifas masih banyak. Masih laju nak keluar. Dalam erti kat lain...tunggulah hari ke 31 dan seterusnya baru nak amalkan manjakani sebagai ubat cebok...malah sebagai ubat makan.
Untuk awal2 berpantang kita gantikan dengan air rebusan sireh dan inai. Atau kalau susah nak cari daun2 herba tersebut, boleh gantikan dengan air rebusan asam keping. Kalau asam keping pun tak sempat nak beli...pakai je lah rebusan air garam kasar.
Penggunaan herba ketika tempoh awal berpantang sepatutnya lebih kepada konsep antiseptik, bukan merapat. Memang benar manjakani juga merupakan salah satu ajen antiseptik, akan tetapi ia turut mempunyai kesan sampingan pada badan sang ibu.
Seperti kupasan saya perihal soya. Benar soya mampu tambahkan susu badan. Tetapi keburukkannya lebih banyak dari kebaikan. Lalu lebih baik kita amalkan resepi susu berbadam, atau kurma merah dan juga halba.
Berbalik kepada perihal antiseptik, sireh, inai, asam keping mahupun garam kasar terbukti mempunyai antiseptik yang baik utk luka pada bahagian faraj dan juga luka pembedahan.
Terdapat beberapa aturan berpantang lama yang telah diperbaharui demi mengelakkan keburukan kekal kepada si ibu antaranya:
1. Amalan berubat barut menggunakan kapur digantikan dengan asam jawa. Kerana kapur membuatkan perut ibu hitam dan terbakar manakala asam jawa mencantikkan perut si ibu.
2. Amalan pemakanan ikan kering digantikan dengan ikan2 segar yang berisi putih dan dari laut dalam (bukan sungai atau kolam). Ini kerana amalan ikan kering ketika berpantang mengakibatkan ibu kurang zat dan nifas berbau hanyir.
3. Amalan berdiang/bersalai digantikan dengan mandian wap herba. Ini kerana rawatan berdiang/bersalai bagi sesetengah ibu mampu mengeringkan susu. Atau jika ibu masih mahu berdiang, mereka kena amalkan ubat ramuan yang menambah susu.
Aturan berpantang turut melalui proses evolusi sejajar dengan kehendak semasa. Ibu moden yang berpantang tradisional perlu peka dan tahu keperluan tubuh badan dari segi nutrisi dan kesihatan yang optimum. Aturan berpantang turut berubah dengan keperluan ibu yang berpantang di luar negara.
Asalkan mahu berpantang dan faham konsep mengapa setiap aturan berpantang diperkenalkan, maka proses berpantang bukanlah sesuatu yang renyah dan menyusahkan.
Malah sudah terbukti, wanita yang berpantang sentiasa kelihatan awet muda dan yang penting, masih utuh beribadah kepada Allah di ambang usia yang senja.
Biar tua pada angka sahaja. Bukan pada rupa.


Pemakaian BENGKUNG atau GIRDLE semasa berpantang

Pemakaian bengkung atau girdle?
Bila ada yang bertanya , mana lebih elok? Pakai bengkung atau girdle ketika dalam pantang?
Kedua2nya elok.
TETAPI
Jika kedua2nya dipakai selepas disapukan dengan UBAT BARUT.
Pemakaian bengkung atau girdle menjadi sia2 jika si ibu hanya memakai krim2, minyak2 panas atau tidak meyapu apa2 bahan2 herba yang membantu mengecutkan rahim dan mengencangkan kulit perut.
Mari kita lihat balik konsep pemakaian bengkung. Apakah fungsinya?
Pemakaian bengkung adalah untuk:
1. MELANCARKAN PENGELUARAN DARAH NIFAS
2. MENGEMPISKAN PERUT
3. MERAMPINGKAN PINGGANG
4. MENGELAK SAKIT PINGGANG
5. MENGEJAPKAN KEMBALI STRUKTUR TULANG2 DAN OTOT2 SEKITAR PINGGUL DAN PINGGANG SELEPAS PROSES BERSALIN
6. MENGAMPU RAHIM AGAR IA TIDAK MUDAH JATUH.
Akan tetapi fungsi2 di atas hanyalah berhasil buat SEMENTARA sahaja jika tidak diamalkan bersama2 ubat barut.
Dan hanya 1 sahaja konsep penyembuhan yang paling penting ketika berpantang tidak mampu dilakukan oleh bengkung atau girdle....iaitu....
MERAPIKAN PROSES PENGECUTAN RAHIM.
Rahim hanya boleh mengecut dengan rapi jika amalan pemakanan herba, bertangas dan sapuan ubat barut dilakukan dengan tertib.
Dan kecantikan kulit perut tidak mampu kembali cantik tanpa pemakaian ubat barut.
Pinggang boleh diikat ramping. Boroi boleh diikat rapi. Tetapi kulit perut akan tetap menggeleber dengan menggerutu tanpa ubat barut.
Oleh itu, tidak kiralah samada bengkung atau girdle, janji ubat barut kena juga disapu.
Ubat barut herba asli kebanyakkannya terdiri daripada kunyit, asam jawa, limau purut, kapur, lempoyang, lengkuas, halia, beras pulut dan juga lada hitam.
So.....jika diteliti dari bahan2 di atas, ada ke ibu2 yang sanggup pakai girdle ratusan malah ribuan ringgit di atas herba2 yang berbau dan bewarna?
Tepuk dada tanya selera.


🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁kredit sepenuhnya : Puan Aishah - Pusat Rawatan Blessed Beauty Confinement